Alhamdulillah da abes seminggu da aku bercuti di kampung halaman.Takde pape sangat yang berlaku sepanjang seminggu ni,aku lebih suke menghabiskan masa bersama family dirumah berbanding keluar dengan kawan-kawan.Nak kate bosan tu tak berape sebab da terbiasa.hehehe.Duduk rumah duit pun tak melayang.Hehehe
Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. (Surah Al Baqarah,ayat 153)
Ayat diatas menceritakan tentang kepentingan kita untuk menunaikan solat memandangkan solat menjadi kefardhuan keatas tiap tiap orang islam dan juga termasuk dalam rukun islam yang ke-2.Persoalannya adakah seseorang itu layak dipanggil seorang muslim.mu'min jika kewajipan solat waktu sehari semalam tidak dilakukan?Adakah semua amalan baiknya contohnya puasa,menderma,berbuat baik itu diterima jika tidak melakukan solat fardhu?
Didalam surah An-Nisa' ayat 103, Allah berfirman:
...sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang telah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Dan ingatlah bahawa perkara utama yang akan dihisab dihadapan Allah diakhirat kelak adalah solat.Jika sempurna solatnya,maka sempurnalah segala amalan lain dan juga sebaliknya.
Oleh itu marilah kita sama-sama memperbaiki mutu solat kita supaya kita tidak fail dihadapan Allah kelak.Maka rugilah bagi mereka yang gagal dalam menunaikan perintah-NYA kerana sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih.Wallahua'lam..
2 comments:
kalu la kan org tu solat kadang2 tp dia sentiasa berzikir pd allah.. ape pndpt awk?
nope...perkara wajib perlu diutamakan.solat tu adlh fardhu ain atas setiap org islam sedangkan zikir tu adlh perkara sunat tp sunat yg dituntut.wallhua'lam :)
Post a Comment