Selepas sekian lama tak berblogging,rase cam nk blogging pulak.hoho.Okei sekarang ni tengah mid-term break atau dalam bahasa melayu cuti pertengahan semester.Biasa la kalau cuti mesti la balik kampung kan.Tu aku la kalau orang orang lain tak tahu la camne.Rase-rasenye ade dalam 2 bulan tak balik kampung.kental jugak aku ni walaupun dalam hati bagai nak...hehehe.Untuk post kali ni aku nak kongsi kan sedikit mengenai zikir.
Apa yang dimaksudkan dengan ZIKIR?zikir ni adalah kata kata memuji Yang Maha Berkuasa iaitu Allah s.w.t.Antaranye adalah tasbih,tahmid dan takbir.Apa itu tasbih?tasbih adalah ucapan Subhanallah.Tahmid pula adalah ucapan Alhamdulillah dan takbir adalah ucapan Allahuakhbar.Ape yang diertikan dengan Subhanallah dalam bahasa melayu?Subhanallah adalah zikir memuji Allah yang bermaksud Maha Suci Allah.Kalau kita perasan,didalam solat pun mengandungi zikir tersebut.Ketika mana?salah satunye adalah ketika kita sujud iaitu Subhana robbiyal a'la wabihamdih bermaksud Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi dengan segala sifat kepujiaanNya.
Manakala Alhamdulillah bererti segala puji bagi Allah seperti mana ketika kita solat,kita membaca surah Alfatihah ayat ke-2 yang berbunyi Alhamdulillahi robbil aalamin (segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam).Allahuakhbar pula membawa maksud Allah Maha Besar yang kita akan sebut ketika mengangkat takbir untuk memulakan solat dan menjadi salah satu sebutan dari satu rukun ke rukun lain ketika solat.
Firman Allah s.w.t:
Wahai orang orang yang beriman,banyakkanlah mengingati nama Allah dan bertasbihlah di waktu pagi dan petang (Al Ahzab : 41-42)
Zikir dapat menghindari diri kita dari perasaan sedih,gundah,resah gelisah dan sebagainya.Ia juga memastikan bahawa kita selalu mengingati Allah.Kita sebagai seorang muslim seharusnya menjadikan budaya zikir sebagai satu budaya hidup kita.Contohnya dalam perbualan kita bersama seorang rakan kita,jika berlaku sedikit salah faham ataupun gurau senda,jangan la kita menyebut perkataan perkataan seperti 'babi' atau 'sial',apa salahnye jika kita gantikan perkataan perkataan demikian dengan menyebut zikir kepada Allah?apakah itu lagi baik bagi kamu?peringatan untuk diri aku jugak supaya beringat ingat ketika bercakap.
Disebutkan dalam satu hadith shahih :
Boleh diibaratkan orang yang selalu berzikir kepada Allah dan orang yang tidak pernah berzikir kepada Allah bagaikan orang hidup dan orang mati.
kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (Al Baqarah :152)
Konklusinya perbanyakkan lah zikir kepada Yang Maha Agung.InsyaAllah hidup dalam ketenangan.Wallahua'lam.Fi amalihi istiqomah =)
Rujukan : Buku 'La Tahzan,siri penyejuk hati"