_Hidup Tenang Tanpa Masalah_

Friday, February 8, 2008

RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan d ija ga
oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya
sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya
lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku
catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana
kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu
sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

BEST EXPLANATIONS OF WHY ALLAH ALLOWS PAIN AND SUFFERING!

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA, ' ' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD. ' '
''KENAPA KAMU KATA BEGITU? ' ' TANYA SI LELAKI TADI.
'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANG KAN ALLAH YG MAHA PENY AYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU ' ' .

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA, ' ' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD? ' '

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI ' ' .KATA BARBER.

''TIDAK! ' ' KATA SI LELAKI TADI. ' ' KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU ' ' .

''AH!BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE! ' ' .KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI! ' ' . KATA SI LELAKI TADI.

''THAT ' S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI(KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN. ' '

Marilah Kita Hayati Bersama...

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk
menanam keraguan di hati suami terhadap
kesetiaan isteri di rumah dan keraguan
di hati isteri terhadap kejujuran suami
di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah sehingga Baginda
mendengar jawaban salam dari
isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari
bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-
hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua
Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah
SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap sembahyang, dia akan
masuk syurga dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT akan
memelihara rumahnya dan rumah-rumah
disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap
hati orang yang bersyukur, setiap
perbuatan orang yang benar, pahala
nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat
padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah
SWT mengutuskan



70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan dia adalah seperti orang yang
berperang bersama Nabi Allah sehingga
mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-
Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Ak hirat-mu"

Subhanallah...



AMIEN....

Friday, February 1, 2008

Ketahuilah Olehmu


jika kamu berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia....Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha

ketika kamu berasa sendirian dan teman-temanmu sibuk untuk menghubungimu....ingatlah Allah sentiasa bersamamu

ketika kamu fikir bahawa kamu telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi....Allah SWT punya jawapannya

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kamu berasa tertekan...AllahSWT dapat menenagkanmu

jika tiba-tiba kamu dapat melihat jejak-jejak harapan...Allah SWT sedang berbisik kepadamu

ketika segala perkara berjalan dengan lancar dan kamu berasa untuk mengucapkan syukur...AllahSWT telah memberkatimu

ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi....Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingatlah bahawa dimanapun kamu atau kemanapun kamu menghadap....ALLAH SWT TAHU

Monday, January 28, 2008

video kenangan kelas 4 sains 2007





video ini telah di edit oleh M.Fadhil b. Ibrahim dan di upload oleh w.m.shahril untuk kenang-kenangan pelajar kelas 4 sn tahun 2007 SMASZAL